Anugerah Era Anugerah_MeleTOP_Era

Anugerah Era (AE) diadakan sejak tahun 2001 bagi pendengar-pendengar Radio Era memilih artis kesayangan mereka. Walau bagaimanapun anugerah ini tidak lagi diadakan selepas tahun 2007.

Selepas 5 tahun tanpa sebarang penganjuran, Radio Era bersama induknya, Astro menganjurkan Anugerah MeleTOP Era yang penyertaannya dibuka luas ke bidang TV , radio dan filem.

Isu & Kontroversi

Penganjuran AE pernah melibatkan beberapa kontroversi seperti isu penggunaan fanatik yang memenuhi ruang pentas di mana ada di antaranya terdiri daripada peminat wanita yang bertudung. Ketika AE01 juga anggota kumpulan nasyid Raihan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri anugerah tersebut kerana serangan jantung. Selain daripada itu wujud juga isu mengenai pencalonan daripada artis serantau yang semakin mendominasi pencalonan selain isu kebanjiran artis realiti TV seperti Akademi Fantasia yang kerap dicalonkan walaupun tidak begitu popular dengan produk mereka.